Saturday 16 July 2011

MALAYSIA VS LIVERPOOL

Assalamualaikum...mungkin sebilangan besar yang sudah tahu hari ini merupakan tarikh di mana team pasukan MALAYSIA VS LIVERPOOL berlangsung di Stadium Bukit Jalil.Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan pemanas badan untuk pasukan Malaysia dan juga Liverpool bagi memasuki musim baru.Bagi pasukan Malaysia,sebagai menimba ilmu dari pasukan besar seperti Liverpool sebelum menentang Singapura bagi pusingan kelayakan Piala Dunia nanti.

Perlawanan berlangsung tepat jam 5.45 petang.Ternyata Stadium Bukit Jalil dipenuhi puluhan ribu peminat Liverpool dengan serba merah.Sedikit mengecewakan kerana hanya segelintir peminat hanya menyarung jersi pasukan Malaysia.Di sini kita dapat lihat rakyat Malaysia masih lagi tidak mempunyai semangat cinta akan negara.Bagi aku,walaupun kita begitu fanatik dengan pasukan luar negara,tapi semangat patriotik patut ada dalam diri masing-masing.Aku sebagai peminat fanatik MANCHESTER UNITED tetap menyokong pasukan Malaysia sebab bagi aku pemain-pemain Malaysia kini sudah semakin matang.Kemajuan demi kemajuan telah ditunjukkan bagi setiap perlawanan yang mereka tempuhi walaupun terdapat lagi kekurangan dari segi pertahanan.

Berbalik kepada perlawanan Malaysia vs Liverpool sebentar tadi,aku dapat melihat persembahan pasukan Malaysia cukup memukau.Hantaran yang begitu kemas,lorongan begitu cantik,taktikal begitu mantap dan semsetinya penyudah yang cukup berbisa telah ditonjolkan pasukan Malaysia.Cuma sedikit mengecewakan dari segi pertahanan yang masih longgar.Namun begitu,serangan demi serangan telah menyebabkan pasukan Liverpool hilang arah seketika tadi.Hasil Keputusan MALAYSIA 3-6 LIVERPOOL.

Pemain yang boleh diannggap wira ketika perlawanan tadi sudah semsetinya, Mohd Safee Sali.Ternyata pengalaman beliau menyertai pasukan Pelita Jaya telah membantu pasukan Malaysia mengkucar-kacirkan penjaga gol Liverpool.Harap-harap persembahan beliau dapat dikekalkan ketika bertemu Singapura..insyaallah...semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan yang diimp-impikan selama ini..

Sekian..terima kasih..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Followers